Tuesday, October 12, 2010

LIPIS SUATU KETIKA




Galakan dari 2 orang Shukri telah menyuntik ransangan
semangat untuk aku mengusahakan catatan ini.
Mohon pada tuhan semoga aku diberikan upaya mampu
menyudahkan catatan-catatan ilham ini menjadi sebuah naskah.

Seringkali orang meragukan impian aku dengan kata-kata
usikan
,”Apa lah manafaatnya hidup di dalam kenangan”

Orang melayu lama mempunyai bidalan
“Adat yang muda menaggung rindu,adat yang tua menaggung jemu”

Nah! Bagi orang yang sudah seusia aku,yang sudah menjangkau
takah 50 tahun bernyawa di palanet bumi ini apa lah salahnya
jika sering memainkan bilah-bilah kenangan bagi mengusir jemu.
Lebih menyenangkan hati jika saja kenang-kenagan itu dapat
dikongsi bersama anak cucu.Selagi kenangan itu bukan satu dosa
ayuh mari lah kita telusuri jalan kenagan yang saya judulkan
“LIPIS SUATU KETIKA”

Kepada Shukri Abd.Molok dan Mohd Shukri Ahmad terima kasih
Kerana mencetuskan idea ini.
Kita mulakan dari ‘Zero mile stone’,batu penanda
sukatan jarak perjalanan barang pusaka tinggalan penjajah.
Bagi orang yang berotak khurafat barangkali batu ini
sudah dianggap semi keramat.
Mentelah pula kedudukanya yang setentang dengan
Kedai judi nombor ekor.Plate asal batu penanda
ini telah hilang.
Plate yang diperbuat dari bahan logam tembaga itu telah dikebas
orang,aku syak melaun ini ingin mengunakan barang antic itu
sebagai alatan buat upacara menurun nombor ekor.

Kita tinggalkan dahulu Zero mile stone ,ayuh kita masuk
lebih dalam ke relong waktu,kita kembali ke zaman
jauh sebelum Kuala Lipis disohorkan oleh Dato Siti.
Kita ke zaman ayah ibunya baru mula mengembangkan payung asmara.
Tidak jauh dari kedudukan Zero mile stone di tapak terdirinya
Komplek Alamanda sekarang dulunya di situ terletaknya
‘Malay Bazzar’atau bagi kawan aku Bahtiar Noor lebih
mengingatinya sebagai Kedai Kelantan.
Apa istimewanya Malay Bazzar ini.....

Bersambung..

No comments: